Powered By Blogger

Monday, 21 March 2011

gereja gay.....ermmmmmmmmmmmmmmm

Gelaran gay bukanlah perkara biasa dekat Malaysia, sebab masih ramai lagi yang tidak berani tampil kehadapan untuk menyatakan “Saya seorang gay!!!”. Di akhbar Kosmo Online pada hari ni ada memaparkan berita tentang penubuhan sebuah gereja gay pertama di Malaysia. Apakah semua ini? Adakah pihak gereja terdesak? Apakah tindakan yang dikenakan sekiranya mereka berdegil untuk teruskan? Baca artikel dibawah:
KUALA LUMPUR – Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.
Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.
Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.
“Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura,” katanya.
Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006.
Ramai sangat ke gay dekat Malaysia ni sampai nak buat gereja khas untuk mereka? Kenapa gay semakin mendapat perhatian yang positif di mata dunia? Tak kan mereka tak ada akal fikiran? Tidak tuhan jadikan binatang itu suka sesama jantina, mengapa manusia yang berakal boleh bertindak demikian? Ya Allah, hanya kau sahaja mempunyai jawaban sebaik-baik jawaban. Moga rakyat Malaysia Islam khususnya terlindung dari perkara terkutuk ni..aminnn

No comments:

Post a Comment